Kitab suci Al-Quran terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia , hikmat bagi segala hikmat , penawar bagi segala penawar sebagaimana disebutkan didalam surah Al-Israk ayat 82 yang bermaksud " dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman ".
Sehubungan itu , ayat suci Al-Quran terbukti mampu menjadi penawar dan penyembuh kepada pelbagai penyakit.
Kaedah rawatan menggunakan Al-Quran melalui pinggan putih dapat menghidupkan kembali amalan ulamak silam dalam usaha menyembuhkan pelbagai masalah dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit zahir dan batin.
Perawatan melalui pinggan putih ini dipelopori tokoh perubatan Islam terkemuka zaman lampau seperti Ibnu Sina , Al-Khindi , Al-Razzi , Al-Biruni , Al-Ghazali , Al-Mawardi , Al-Zahrawi dan Al-Haitham.
Kaedah rawatan annusyrah itu dipercayai amat bermanfaat bagi merawat gangguan emosi , mental dan spiritual selain memulihkan tenaga seseorang bagi membantu mencegah penyakit fizikal.
Zafaran adalah stigma yang dikeringkan dari Bunga Zafaran dan di sifatkan sebagai bahan rempah terbaik , wangi dan paling mahal didunia.
Bahan digunakan secara meluas diseluruh dunia , terutama di Timur Tengah sebagai tujuan melazatkan makanan dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan , perubatan , alat solek , makan , minyak wangi dan bahan pewarna sehingga menjadikan ia sebagai produk berjenama yang mahal.